24 Feb 2010
Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat - Presiden PAS
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam agar bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul untuk menguatkan iltizam menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun dan sepanjang hayat. “Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” ujarnya dalam Perutusan Maulidur Rasul 1431 yang disambut esok. Katanya, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan. Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam. Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini? Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28) Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna. Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda. Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun. Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya. Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS
16 Feb 2010
Sana Sini Sama Saja
Toleh Kiri Toleh Kanan
Ada Kala Kita Terlupa
Tak Kenal Diri Tak Kenal Rupa
Dari Mana Asalnya Kita
Mengapa Oh Mengapa..
Apa Lagi Nak Dikata..
Oh Inikah Oh Dunia.. Sana Sini Sama Saja..
Kalau Kail Panjang Sejengkal Laut Yang Dalam Jangan Diduga
Mulut Manis Macam Gula
Hatinya Busuk Penuh Dusta
Mengapa Oh Mengapa.
Yang Haram Dah Jadi Halal..
Oh Inikah dunia, Makin Hari Makin Nyata
Dunia.. Penuh Bahang, Kisah Manusia Lupa Dirinya..
Yang Nyata.. Jaga-Jaga. Ada Akhirnya Tapi Bagaimana
8 Feb 2010
Mahkamah isytihar Zambry sebagai MB Perak.
PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.
Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.
"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.
Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.
Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".
Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.
Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.
Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.
Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.
Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.
Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.
Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.
Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.
Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.
Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.
7 Feb 2010
Solat Hajat "selamatkan Perak"
SUMBER:-http://dppklumut.blogspot.com
6 Feb 2010
Biografi Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz
Menteri Besar Negeri Kelantan
&
mursyidul Am Pas
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
• Universiti Deobond, India – 1952.
• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Pekerjaan:
• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
• 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.