Nak Cari

31 Dis 2013

BUKAN KERANA NAMA


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[SURAH AL-HUJURAT : AYAT 15]

“Mengorbankan kesungguhan dan tenaga dalam peperangan di jalan Allah dengan diri sendiri, atau membantu jihad dengan harta, pendapat, lidah(ucapan), ataupun memperbanyakkan kelompok (orang yang berjihad) ataupun selainnya.”
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

          “Assalamualaikum abang,” tegur Syazimi kepada abang iparnya Shukri. “Waalaikumussalam. Awal betul kamu datang ni. Rajin sungguh dia,” balas Shukri. “Dia pun apa kurangnya, sedang menyiapkan sarapan untuk keluarga.” “Biasalah. Sekali-sekala suami perlu juga menolong isteri membuat kerja-kerja rumah. Barulah ikatan hubungan semakin erat dan rumahtangga menjadi lebih ceria. Ini rezeki kamu kerana datang awal begini, boleh sarapan bersama kami nanti. Nabi SAW bersabda,

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.”
[HADIS RIWAYAT TABRANI]

          “Terima kasih kerana mengingatkan. InsyaAllah kita sama-sama amalkan lepas ini,” jawab Syazimi pula. “Kamu tak menulis blog hari ini?” Shukri bertanya. “Idea sudah ada abang. Cuma rasa macam masih belum cukup lagi. Tetapi tidak tahu apa yang belum cukup,” jawab Syazimi. “Kalau masih belum cukup kerana takut orang yang membaca tidak mendapat perkara yang disampaikan, baguslah jika difikirkan dan dicarikan isi-isi untuk ditambah dan diubahsuai. Namun jikalau rasa belum cukup kerana takut tidak ramai yang view, lebih baik lupakan saja niat untuk menulis blog.”

          “Terima kasih sekali lagi abang kerana memberi nasihat. Hampir semua orang pernah mendengar hadis Nabi SAW berkenaan dengan niat. Semoga saya benar-benar menulis bukan kerana nama. Lagipun saya menulis bukanlah untuk mengajar orang lain, tetapi penulisan saya sekadar berkongsi perkara yang telah saya pelajari dan perkara yang saya tahu sahaja. Sememangnya Nabi anjurkan kepada kita untuk sampaikan perkara kebaikan yang kita ketahui kepada orang lain. Sepertimana dalam satu hadis Nabi SAW, “Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.”

         
“Benar itu,” Shukri mencelah. “Tidak guna kalau kita mendapat 1000 like di mukabuku daripada orang ramai, tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak “like” post kita itu. Dan walaupun tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang like post kamu itu, tetapi dengan hanya Allah dan Rasul-Nya “like” itu lebih besar maknanya daripada segala-galanya. Antara perkara yang penting ialah ikhlas kerana Allah dan lakukannya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. InsyaAllah kita sama-sama mencontohi para sahabat yang mereka redha kepada Allah dan Allah juga meredhai mereka,” sambung Shukri lagi.

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar.
[SURAH AT-TAUBAH : AYAT 100]

          “InsyaAllah banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka. Ini sudah masuk tahun 2014. Apa perancangan abang untuk tahun yang baru ini?” Syazimi pula yang bertanya. “Pelbagai peristiwa yang berlaku semasa tahun 2013, semoga kita mengambil iktibar daripadanya. Banyak perkara yang kita tidak suka akan jadi pada tahun baru ini, jadi kita perlu siapkan diri untuk hadapinya. Mungkin lain orang, lain caranya. Antara rancangan abang untuk tahun baru ini ialah mencari keberkatan J.”

          “Wah! Hebat betul perancangan itu. Sudah tentu sukar untuk melaksanakannya. Semoga abang menjumpai perkara yang dihajati,” kata Syazimi pula. “InsyaAllah. Sudah lama kita bersembang ini, jom kita sarapan dulu. Kemudian kita sambung berbual-bual,” kata Shukri. “Jom,” balas Syazimi.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".
[SURAH AL-QASAS : AYAT 77]




~WALLAHUA’LAM~

29 Dis 2013

22 Dis 2013

BEKALAN UNTUK DI SANA



Dari Umar ibnu Khattab ra beliau berkata: 
"Pada suatu hari tatkala kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, lalu datang seorang laki-laki. Pakaiannya sangat putih. Rambutnya sangat hitam.

Tidak nampak tanda-tanda bahawa dia dari perjalanan. Tidak seorangpun di antara kami yang mengenalnya. Kemudian orang tersebut duduk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Disandarkannya kedua lututnya ke lutut Rasul dan kedua telapak tangannya diletakkan pada kedua-dua paha Rasulullah SAW.

Kemudian orang itu berkata: "Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam." Lalu Nabi menjawab; "Islam itu bahawa kamu saksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kamu dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan laksanakan haji ke Baitullah jika kamu mampu berjalan ke sana. "
Orang itu kemudian berkata: "Benar engkau."

Kami pun hairan (kata Umar) dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkan. Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Iman."

Rasulullah menjawab; "Iman, bahawa kamu percaya kepada Allah, kepada para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepadaa hari akhir dan percaya kepada takdir baik atau buruk." "Benar engkau," kata orang itu pula.

Kemudian dia berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang Ihsan (kebajikan)."
Nabi menjawab: "Ihsan itu adalah engkau sembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak mampu melihat-Nya, ketahuilah bahawa Dia tetap melihat engkau."

Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Kiamat."
Lalu Rasul menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya."

Lalu kemudian orang itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tanda-tanda akan datang Kiamat. "

Rasul menjawab: "Bahawa seorang ibu melahirkan pemimpinnya dan engkau akan melihat yang dulunya seorang yang hidup fakir, berjalan pun tidak beralas kaki namun mereka berlumba-lumba untuk membina bangunan-bangunan."

Kemudian orang itu berpisah dari kami dan aku (kata Umar) berlangsung sejenak, lalu Nabi bertanya kepadaku : "Ya Umar, kamu tahu siapa yang bertanya tadi."

Aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih tahu."
Lantas Nabi bersabda: "Dia adalah Jibril, dia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu."

[HADIS RIWAYAT MUSLIM]

Alhamdulillah bertemu lagi kita di blog ini. Semoga entry yang simple ini mampu memberi kesan yang positif kepada para pembaca. Semoga perkara yang disampaikan nanti kita sama-sama dapat amalkan. Jika tidak mampu amalkan semua, jangan pula kita tinggalkan semua. Maka beramallah mengikut kemampuan diri.

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan peristiwa yang luar biasa kerana di beberapa buah negara yang sudah lama ataupun tidak pernah turun salji, kini dihujani dengan salji. Maka hadirlah beberapa golongan yang mengatakan bahawa kiamat itu sudah dekat. Mungkin ada orang akan mengatakan bahawa mereka ini membuat "kecoh". Bagi penulis perkataan "kecoh" tidak sesuai diberikan kepada mereka kerana "kecoh" bererti membuat bising. Tidak juga sesuai kita katakan mereka ini "excited" kerana perkataan ini lebih kepada sesuatu yang mengagumkan atau teruja dengan sesuatu.

Maka penulis rasa perkataan yang sesuai untuk mereka ini ialah "curious" dan juga "concerned". "Curious" bererti ingin tahu. Oleh sebab sikap mereka yang ingin tahu ini, maka mereka akan melakukan kajian terhadap hadis-hadis Nabi dan mengkaji tanda-tanda kiamat. "Concerned" pula ialah prihatin. Oleh sebab mereka sangat prihatin dengan keadaan ummat sekarang yang terlalu leka dengan hiburan, maka mereka pun mengingatkan kita semua bahawa kiamat semakin hampir.

Penulis bukan ingin mengupas isu kiamat, kerana mungkin ada orang-orang lain yang lebih arif dalam bab itu. Tetapi penulis cuma ingin berkongsi sedikit tips untuk kita semua amalkan untuk memperoleh pahala dan bekalan untuk akhirat nanti. Semoga dengan tips ini, hidup yang singkat mampu mendapat pulangan yang lumayan di akhirat kelak, insyaAllah.

1. Infaq = 1 biji = 7 tangkai = 100 biji setiap tangkai
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
[SURAH AL BAQARAH AYAT 261]

2. Niat buat baik = 1 pahala
Niat buat baik + buat baik = 10 < x > 700/lebih
Niat buat jahat - buat jahat = 1 pahala
Niat buat jahat + buat jahat = 1 dosa
Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Nabi Muhammad SAW menerangkan, siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah melainkan orang yang telah ditakdir binasa.
[HADIS RIWAYAT MUSLIM]

3. 1 Huruf = 1 pahala x 10
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang membaca satu huruf Kitabullah maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf.”
[HADIS RIWAYAT BUKHARI]
  
4. 1 Hajat untuk saudara = 10 tahun iktikaf
"Barangsiapa berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan berusaha sungguh-sungguh di dalamnya, maka hal ini lebih utama baginya daripada 10 tahun beri'tikaf. Dan barangsiapa yang beri'tikaf satu hari karena mengharapkan ridha Allah, maka Allah Swt. akan menjauhkan antara dia dengan neraka sejauh tiga parit, yang jarak antara satu paritnya lebih jauh daripada langit dan bumi."
[HADIS RIWAYAT TABRANI]

5. Solat berjemaah di masjid = 1 pahala x 27
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat"
[HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM]

6. Subuh berjemaah di masjid + zikir + solat sunat selepas fajar
= pahala haji dan umrah
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”
[HADIS RIWAYAT TARMIZI]

7. Solat isyak berjemaah > beribadat separuh malam
Solat subuh berjemaah > beribadat sepanjang malam
Dari Usman ibn Affan: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda. “Orang yang solat isyak secara berjemaah, seolah-olah dia melakukan solat separuh malam. Dan orang yang menunaikan solat subuh secara berjemaah pula, seolah-olah dia solat sepanjang malam."
[HADIS RIWAYAT MUSLIM]

8. 2 rakaat solat sunat sebelum subuh
> dunia dan isinya
Aisyah RA meriwayatkan dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Dua rakaat (sebelum) fajar (shalat subuh) lebih baik (nilainya) dari dunia dan seisinya."
[HADIS RIWAYAT MUSLIM]


~Semoga kita sama-sama dapat amalkan~

~Yang baik daripada Allah~
~Yang buruk daripada saya~


~Wallahua’lam~

19 Dis 2013

Ustaz Redzuan Rahmat - Fiqh Daulah





   Ustaz Redzuan Rahmat   
 16-12-2013
Fiqh Daulah

Format Mp3
Sumber Ar Rahmah








http://img704.imageshack.us/img704/7940/downloadkd.gif




ATAU



Ustaz Mohammad Ibrahim (Ustaz Mad China) - Fikrah, Halqah dan Daulah Islamiyah





Ustaz Mohammad Ibrahim
 (Ustaz Mad China) 
 15-12-2013 
 Fikrah, Halqah dan Daulah Islamiyah


Format Mp3
Sumber Ar Rahmah







http://img704.imageshack.us/img704/7940/downloadkd.gif


ATAU




Ustaz Nazri Din - Kelebihan Berjuang Dalam Islam





   Ustaz Nazri Din   
 11-12-2013
 Kelebihan Berjuang Dalam Islam


Format Mp3
Sumber Ar Rahmah






http://img704.imageshack.us/img704/7940/downloadkd.gif



ATAU




Ustaz Ahmad Rizam Ghazali - Penawar Bagi Hati





   Ustaz Ahmad Rizam Ghazali   
10-12-2013 
Penawar Bagi Hati


Format Mp3
Sumber Ar Rahmah






http://img704.imageshack.us/img704/7940/downloadkd.gif




Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani - Kuliah POP




Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
 12-12-2013
 Kuliah POP


Format Mp3
Sumber Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah






http://img704.imageshack.us/img704/7940/downloadkd.gif




ATAU